DASAR PRIVASI DAN KESELAMATAN

DASAR PRIVASI PTPTN

PTPTN ("kami") faham bahawa Dasar Privasi merupakan perkara penting dan memandang serius ke atas privasi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Sehubungan dengan itu, ruangan ini akan memberikan notis dan informasi lebih lanjut mengenai dasar privasi kami. Kami sentiasa mengemaskini polisi ini dan mengalu-alukan sebarang cadangan atau persoalan berkaitan dengan dasar privasi PTPTN ini dan boleh dialamatkan terus kepada:

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No 12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

1.0 RANGKUMAN

Menerangkan cara pengendalian data peribadi yang dikumpulkan apabila pengunjung berada di Portal PTPTN dan apabila anda menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Dasar ini juga merangkumi pengendalian data peribadi yang mungkin dikongsi bersama dengan pihak lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.

2.0 PENGUMPULAN & PENGGUNAAN MAKLUMAT

2.1 Pengumpulan data peribadi dilakukan semasa anda melayari portal PTPTN, mengisi apa-apa borang, mendaftar apa-apa permohonan secara manual atau online, atau mendaftar akaun perkhidmatan online yang lain.


2.2 Semasa pendaftaran, anda mungkin diminta melengkapkan data peribadi seperti nama, no. kad pengenalan, alamat e-mel, tarikh lahir, jantina, poskod dan lain-lain data peribadi.


2.3 Semasa anda melayari portal PTPTN, data pengunjung juga direkodkan secara automatik pada log pelayan secara menyemak imbas pengunjung, termasuk alamat IP dan cookie. Data ini direkod dan dikumpulkan bagi membolehkan statistik capaian ke laman portal dapat dibuat agar penyampaian perkhidmatan dapat dipenuhi dengan lebih berkesan dan efektif.

2.4 Maklumat peribadi anda yang diproses adalah bagi tujuan-tujuan berikut:

2.4.1 Menilai dan memproses permohonan untuk pembiayaan pendidikan, produk atau perkhidmatan.
2.4.2 Perkhidmatan mentadbir, mengawas dan memungut bayaran balik pembiayaan.
2.4.3 Mentadbir dan mengatur semua produk dan perkhidmatan yang kami berikan kepada anda.
2.4.4 Memberikan kepada anda maklumat lanjut berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan.
2.4.5 Penyelidikan termasuk tujuan sejarah dan statistik.
2.4.6 Promosi dan pemasaran (“pemasaran langsung”) bagi produk dan perkhidmatan PTPTN. “Pemasaran langsung” bererti berkomunikasi dengan apa cara sekali pun mengenai apa-apa bahan pengiklanan atau pemasaran yang ditujukan kepada individu tertentu.
2.4.7 Memberi respon kepada pertanyaan-pertanyaan anda.
2.4.8 Apa-apa tujuan lain samada secara langsung atau tidak langsung yang berkaitan dengan PTPTN.

2.5 Sekiranya anda gagal untuk menyediakan data peribadi atau menarik balik persetujuan untuk kami memproses data peribadi untuk tujuan-tujuan di atas, kami tidak dapat:

i) Berkomunikasi dengan anda;
ii) Menyediakan perkhidmatan kami kepada anda; atau
iii) Mengakses seksyen tertentu pada Portal PTPTN di mana log masuk dikehendaki.

2.6 Kami boleh memperolehi data peribadi anda daripada IPT anda, mana-mana agensi kerajaan atau mana-mana pihak yang berurusan secara langsung atau tidak langsung dengan kami.



2.7 Pada masa yang sama, kami mungkin mengumpulkan data peribadi bukan pelanggan daripada anda (contohnya maklumat pasangan anda) apabila anda memohon sesuatu produk atau perkhidmatan. Anda perlu mendapatkan persetujuan pihak berkenaan sebelum memberikan data peribadi tersebut kepada kami untuk membolehkan kami memproses data peribadi mereka.

3.0 PENZAHIRAN DATA

3.1 Pihak kami boleh menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga dalam melaksanakan fungsi-fungsi PTPTN seperti menguruskan pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik, menyediakan skim simpanan dan menguruskan deposit untuk tujuan pendidikan tinggi dan melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis, Pihak-pihak ketiga tersebut adalah sebagaimana yang disenaraikan di bawah (tidak terhad):

3.1.1 Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri;
3.1.2 Agensi-Agensi Kerajaan/Awam;
3.1.3 Mana-mana biro pinjaman/pembiayaan atau agensi yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia;
3.1.4 Mana-mana biro lain yang diluluskan oleh Persatuan Syarikat-syarikat Kewangan di Malaysia;
3.1.5 Pihak bank dan institusi kewangan berkaitan;
3.1.6 Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta;
3.1.7 Sebarang organisasi yang dilantik untuk berkhidmat sebagai ejen PTPTN;
3.1.8 Sebarang organisasi untuk melengkapkan transaksi yang diminta oleh anda;
3.1.9 Penyedia-penyedia perkhidmatan kewangan (contohnya:syarikat takaful);
3.1.10 Penyedia-penyedia perkhidmatan PTPTN;
3.1.11 Sebarang pihak yang dilantik oleh anda (contohnya:peguam, penasihat kewangan atau juruaudit); 3.1.12 Mana-mana pihak yang dibenarkan mengikut ketetapan undang-undang, Perintah Mahkamah dan/atau pihak berwajib dan kawal selia;
3.1.13 Mana-mana agensi penguatkuasa;
3.1.14 Mana-mana institusi kewangan, pedagang dan/atau persatuan kad yang bekerjasama dengan PTPTN (contohnya: kad kesetiaan pelanggan);
3.1.15 Syarikat telekomunikasi bagi tujuan makluman, promosi dan pemasaran; dan/atau
3.1.16 Pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan fungsi PTPTN.

3.2 Selain daripada di atas, pihak kami berhak menzahirkan data peribadi anda jika dikehendaki berbuat demikian atas perintah mahkamah atau proses undang-undang

4.0 AKSES KEPADA DATA PERIBADI ANDA


Bagi memastikan data peribadi anda sentiasa tepat dan terkini, anda boleh meminta akses dan boleh membuat permohonan pembetulan, pindaan atau pengemaskinian data peribadi anda secara bertulis di Cawangan-Cawangan Pejabat PTPTN Negeri di seluruh Negara atau melalui http://icare.ptptn.gov.my.

Alamat Cawangan-Cawangan Pejabat PTPTN Negeri boleh diperolehi dengan melayari http://www.ptptn.gov.my/web/guest/cawangan-ptptn.


5.0 MENGEHADKAN PEMPROSESAN MAKLUMAT PERIBADI

Tanpa menjejaskan fungsi PTPTN, anda boleh memilih untuk mengehadkan hak PTPTN untuk memproses data peribadi anda daripada digunakan untuk ”pemasaran langsung”*.

6.0 PAUTAN KEPADA LAMAN PORTAL YANG LAIN

Laman portal PTPTN mempunyai pautan ke laman portal lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman portal PTPTN sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman portal yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman portal yang dilayari.

7.0 PINDAAN DASAR

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di portal PTPTN. Dengan sering melayari portal PTPTN, anda akan dikemas kini dengan data yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana data dikongsi bersama pihak yang lain.

 

DASAR KESELAMATAN PTPTN

1.0 PERLINDUNGAN DATA


Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.


2.0 KESELAMATAN STORAN


Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

 

BERSETUJU DAN KEMBALI KE PORTAL RASMI PTPTN

 

Sila klik pada butang yang berkaitan :

 

Saya dengan ini tidak bersetuju untuk membenarkan PTPTN memproses maklumat peribadi saya bagi maksud pemasaran langsung*

 

Sekiranya pelanggan pernah tidak bersetuju untuk membenarkan PTPTN memproses maklumat peribadi saya bagi maksud pemasaran langsung*

 

*Definisi pemasaran langsung: Berkomunikasi dengan apa cara sekali pun mengenai apa-apa bahan pengiklanan atau pemasaran yang ditujukan kepada individu tertentu.