SEMAKAN SENARAI HITAM IMIGRESEN

PTPTN telah mengambil tindakan tegas dengan menyenaraihitamkan peminjam ingkar daripada keluar negara dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia. Senarai peminjam yang telah dikenakan sekatan ini boleh disemak di bawah:

Sila klik butang semak di bawah:

Sekiranya tuan/puan telah disenaraihitam, sila buat rundingan dan menjelaskan amaun yang dipersetujui bersama tujuh (7) hari sebelum bertolak ke Luar Negara dan memaklumkannya kepada PTPTN selepas bayaran tersebut dibuat.

NOTA:

  1. Peminjam ingkar lain yang belum disenaraihitam dinasihat untuk membuat bayaran segera mengikut jadual yang ditetapkan sebelum tindakan yang sama diambil.
  2. Prosedur rayuan senarai hitam dan / atau saman (sebelum penghakiman direkodkan) --Klik di Sini
  3. Setelah klik butang 'SEMAK', anda akan dibawa ke Sistem Semakan Status Blacklist di portal Jabatan Imigresen Malaysia. Pihak PTPTN tidak akan bertanggungjawab sekiranya sistem tersebut mengalami gangguan atau tidak dapat diakses. Mohon rujuk portal Jabatan Imigresen Malaysia untuk makluman lanjut.