SEMAKAN PENERIMA WANG PENDAHULUAN PINJAMAN (WPP) BAGI PELAJAR UITM IJAZAH SEPENUH MASA SESI FEBRUARI 2012


Bagi membantu pelajar-pelajar yang pertama kali akan menjejak kaki ke IPTA, PTPTN telah menyediakan program agihan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) seminggu sebelum pelajar mendaftar di IPTA. Program ini telah mula dilaksanakan pada tahun 1999. WPP ini hanya diberikan kepada pelajar yang belum pernah mendapatkan pinjaman pendidikan PTPTN.

Pemberian WPP tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan PTPTN seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia
2. Pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM 4000
3. Belum pernah menerima WPP
4. Bukan peminjam PTPTN


Semakan ini membolehkan anda menyemak samada nama anda termasuk di dalam senarai penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP). Senarai ini berdasarkan maklumat dari Bahagian Pengambilan Kemasukan Pelajar, Universiti Teknologi Mara bagi para pelajar yang berjaya ditawarkan tempat di UiTM dan telah membuat pengesahan setuju terima tawaran WPP.